Monday 30 January 2012

Catatan 2 : Dunia lama dan dunia baruku sebagai hamalatul Quran.

Assalam 'alaik.



Terasa macam berada dalam dunia baru. Dunia hamalatul quran. Dunia mereka yang berdamping dengan quran. Mereka benar2 berdamping. Mereka bukan berlakon atau menipu, tapi benar dari segi perbuatan.

Berbanding dunia lamaku, bersama2 mereka yang pernah hafal, tapi bukan hafaz. kerana hafaz itu memelihara. Orang hafaz qurannya akan melekat. kerana mengulang adalah satu kewajipan baginya. Dunia orang hafal, Quran kian luntur dari dada. Tapi itu dah nampak sebagai biasa. Mereka kelihatan sebagai hafiz/hafizah, tapi bila ditanya, semua menunduk. Malu mengaku.

Dunia baruku, mereka mencela orang-orang yang lupa quran. Terlupa hafazan suatu perkara binasa dan menyedihkan bagi mereka. Pesan mereka, hafaz selepas lupa lebih susah dari hafaz kali pertama. Mafhum mukhallafahnya, jangan biarkan diri anda lupa langsung jika tak mahu lebih payah.

Tapi berbeza dengan dunia lamaku. Bila ramai yang makin lupa, dah jadi alah bisa tegal biasa. Tiada teguran dan nasihat berbisa.

Kawan di dunia baruku, dia boleh mengulang 5 juzuk sehari.

Kawan di dunia lamaku, 2 juzuk sehari untuk mengulang semacam mustahil.

Lupa quran menjadi kehairanan di dunia baru, tapi biasa bagi dunia lamaku. Berkerut muka kawan2 di dunia baruku bila mendengar orang melupakan quran. Suatu pandangan yang jelek diberi. tapi tidak di dunia lamaku.

Aku ingin terus hidup dengan al-Quran di jiwa. Jiwa ini perlu sentiasa dibangunkan. Membangunkan jiwa untuk membangunkan kawan2 di dunia lamaku jua. Ingin menjadi persis penjual minyak wangi dari memilih pemotong besi.

Muhasabah mendalam untukku juga. Kubekalkan tulisan ini sebagai bekalan muhasabah buatku di hari2 mendatang. Kerana iman itu naik dan turun. Yazid wa yankus.


Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” 

(al-Bukhari dan Muslim) -sumber jakim

1 comment:

  1. "forgetful is a test for all of us because that will help remove takabur (prevent us from being arrogant"

    Salam mujahadah... moga istiqamah...

    ReplyDelete