Monday 23 January 2012

Tazkirah : Buat Sahabatku Penghafaz Al-Quran

diambil dari: saidhawwa.com (21 Disember 2008)


gambar google



Sahabatku para penghafal Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal Al-Qur'an.Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan . Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal Al-Qur'an yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal Al-Qur'an tewas dan terlibat dengan maksiat yang sangat parah.

Al-Qur'an tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi Al-Qu'ran tersebut...

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal Al-Qur'an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawaapa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal Al-Qur'an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan Al-Qur'an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal Al-Qur'an.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi' Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meningggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. Al-Qur'an adalah cahaya. Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para sahabat yang ku kasihi...

Mata kita selalu melihat Al-Qur'an, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yang bertentangan dengan kata-kata Allah (cth: muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca kalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita selalu SMS atau chatting dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun solat tahajjud. Qiamullail adalah warisan bagi mereka yang menghafal Al-Qur'an.

Sehari kita meninggalkan Al-Qur'an, seminggu Al-Qur'an meninggalkan kita, sebulan kita tinggalkan Al-Qur'an, setahun Al-Qur'an meninggalkan kita...

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, kerana apabila kita megutamakan Al-Qur'an Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan Al-Qur'an (murajaah/mengulang) dalam seharian??? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berakhlak dengan akhlak Al-Qur'an. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan dengan Al-Qur'an. Malulah kita dengan Al-Qur'an terutama lagi dengan Pencipta kita, Allah.

Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang lemahdan hina ini, peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur'an.

Uhibbuka fillah
Barakallhu fikum....

No comments:

Post a Comment