Tuesday 31 January 2012

catatan 4 : nasihat ustazah 'aliya

Salam'alaik ya ikhwan akhawat

Terkenang nasihat
Ustazah pada ana

Pada suatu petang yang nyaman
Sebab baru hujan

Ana baru sampai
Dan sahabat-sahabat sedang bermuzakarah

Bila terserempak dengan ustazah
Memandangkan ana masih baru
Kami menyambung berbual sekalam dua
Memanjangkan taaruf

Min aina enti?
Dari sini je sazah.
Baru?
A'ah.Ana datang nak lancarkan semua. Ada yang ana lupa. Berat rasa.
Lalu sazah menyambung kalam seraya mengangguk,

"Menghafal itu sunat, menjaganya itu wajib!"

Aku tunduk malu. Kata-kata yang seperti peluru kena pada sasaran.
Ibarat anak panah yang berjaya membelah epal menjadi dua.

'Garaaangye sazah...'
monologku sendiri.
Hanya hati yang mendengarnya.
Kalau tak mahu kena rotan, jeritla kuat-kuat.

sampai hari ini, kata-kata ini maih kusimpan erat
di celah-celah lipatan minda

"Menghafal itu sunat, menjaganya itu wajib!" 
"Menghafal itu sunat, menjaganya itu wajib!" 
"Menghafal itu sunat, menjaganya itu wajib!"

Kalam hikmah dari murabbi
Janganlah bersedih
Kerana al-Quran itu sebaik-baik tarbiyah

Mujur ada sahabat-sahabat yang lancar
Jadi pendorong
Tak nangis dah la macam ni
^_________^

Syukran jazilan szh. Moga nasihat dan doa stat szh menguatkan kami.

ps: kita bertanggungjawab dengan ayat2 yang pernah kita hafal, termasuklah ayat-ayat hafazan yang kena ingat masa di sekolah ;p

gambar hiasan



Monday 30 January 2012

Catatan 3 : nakal cara budak tahfiz

'Alaikassalam.

Kami budak tahfiz ada nakalnya juga.
Kami bukanlah malaikat
Yang tugasnya hanya beribadah

Tapi senakal saya,
nakal lagi kawan2 yang terdahulu

Bak kata seorang kakak
Budak tahfiz ni nakal dia lain
Pelik-pelik
Nakal dalam iman kot

Kata kat ustazah nak pergi tandas
Rupa-rupanya semua lesap masuk bilik
Sambung tido di asrama

Bila dah jadi macamni,
Dah tentu ade informer kan
Ade je orang-orang yang dengki =p
Nak dijadikan kisah
Usatazah dapat tahu

Tapi bila ustazah tanya,
Mereka [kami] tak mampu menipu
Mereka pun mengaku lah
"A'a, kami keluar kelas dan gi tido.."
Alamatnya,
kena piat lah.
Rotan lah jawabnya

:)
Inilah kenangan
Nakal gaya kami
Masa kanak-kanak dulu
Time tu tak tau lagi tsiqah tu apa
Kalau tau, jatuh tsiqah dah

Nakal pun nakal juga
Semoga quran tu betul-betul kita jaga
Sedaya upaya

Sahabt, aku ingin bertemu denganmu di syurga nanti

^__________^ kenang daku dalam doa2mu

Catatan 2 : Dunia lama dan dunia baruku sebagai hamalatul Quran.

Assalam 'alaik.



Terasa macam berada dalam dunia baru. Dunia hamalatul quran. Dunia mereka yang berdamping dengan quran. Mereka benar2 berdamping. Mereka bukan berlakon atau menipu, tapi benar dari segi perbuatan.

Berbanding dunia lamaku, bersama2 mereka yang pernah hafal, tapi bukan hafaz. kerana hafaz itu memelihara. Orang hafaz qurannya akan melekat. kerana mengulang adalah satu kewajipan baginya. Dunia orang hafal, Quran kian luntur dari dada. Tapi itu dah nampak sebagai biasa. Mereka kelihatan sebagai hafiz/hafizah, tapi bila ditanya, semua menunduk. Malu mengaku.

Dunia baruku, mereka mencela orang-orang yang lupa quran. Terlupa hafazan suatu perkara binasa dan menyedihkan bagi mereka. Pesan mereka, hafaz selepas lupa lebih susah dari hafaz kali pertama. Mafhum mukhallafahnya, jangan biarkan diri anda lupa langsung jika tak mahu lebih payah.

Tapi berbeza dengan dunia lamaku. Bila ramai yang makin lupa, dah jadi alah bisa tegal biasa. Tiada teguran dan nasihat berbisa.

Kawan di dunia baruku, dia boleh mengulang 5 juzuk sehari.

Kawan di dunia lamaku, 2 juzuk sehari untuk mengulang semacam mustahil.

Lupa quran menjadi kehairanan di dunia baru, tapi biasa bagi dunia lamaku. Berkerut muka kawan2 di dunia baruku bila mendengar orang melupakan quran. Suatu pandangan yang jelek diberi. tapi tidak di dunia lamaku.

Aku ingin terus hidup dengan al-Quran di jiwa. Jiwa ini perlu sentiasa dibangunkan. Membangunkan jiwa untuk membangunkan kawan2 di dunia lamaku jua. Ingin menjadi persis penjual minyak wangi dari memilih pemotong besi.

Muhasabah mendalam untukku juga. Kubekalkan tulisan ini sebagai bekalan muhasabah buatku di hari2 mendatang. Kerana iman itu naik dan turun. Yazid wa yankus.


Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” 

(al-Bukhari dan Muslim) -sumber jakim

Monday 23 January 2012

Tazkirah : Buat Sahabatku Penghafaz Al-Quran

diambil dari: saidhawwa.com (21 Disember 2008)


gambar google



Sahabatku para penghafal Al-Qur'an,

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal Al-Qur'an.Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan . Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal Al-Qur'an yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal Al-Qur'an tewas dan terlibat dengan maksiat yang sangat parah.

Al-Qur'an tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi Al-Qu'ran tersebut...

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal Al-Qur'an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawaapa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal Al-Qur'an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan Al-Qur'an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal Al-Qur'an.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi' Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya suatu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meningggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. Al-Qur'an adalah cahaya. Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para sahabat yang ku kasihi...

Mata kita selalu melihat Al-Qur'an, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth: melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yang bertentangan dengan kata-kata Allah (cth: muzik syaitan), mulut ini sentiasa membaca kalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita selalu SMS atau chatting dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia.

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun solat tahajjud. Qiamullail adalah warisan bagi mereka yang menghafal Al-Qur'an.

Sehari kita meninggalkan Al-Qur'an, seminggu Al-Qur'an meninggalkan kita, sebulan kita tinggalkan Al-Qur'an, setahun Al-Qur'an meninggalkan kita...

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran, utamakan tanggungjawab kita dengan Al-Qur'an terlebih dahulu, kerana apabila kita megutamakan Al-Qur'an Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.

Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan Al-Qur'an (murajaah/mengulang) dalam seharian??? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berakhlak dengan akhlak Al-Qur'an. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan dengan Al-Qur'an. Malulah kita dengan Al-Qur'an terutama lagi dengan Pencipta kita, Allah.

Sekadar peringatan untuk diri-sendiri yang lemahdan hina ini, peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal Al-Qur'an.

Uhibbuka fillah
Barakallhu fikum....

Tazkirah : Keutamaan Hafiz & Hafizah

sumber : profaz

Allah telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.

1. MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 

"Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia."

Kemudian Anas berkata lagi, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI

Daripada Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda;

Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, "Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggalmu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."

3. AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG ARIF DI SYURGA

Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga."


4. MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra. Dia berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."

5. HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DISEKSA

Daripada Abdullah Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: 

"Bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran. Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukinya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."

6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT

DaripadaIbnu Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda;

"Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."

7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W

Daripada Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.


Kemudian nabi s.a.w. bertanya, "Dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?"

Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."


8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA

Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata,

"Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN

Daripada Abu Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda:

Orang yang hafal Al Quran, pada hari kiamat nanti akan datang dan Al Quran akan berkata;

"Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru."

Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:


"Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya."

Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya.
Al Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redhailah dia."

Maka kepadanya dikatakan; "Bacalah dan naiklah."
Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan satu kebajikan."


10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK


Daripada Jabir bin Nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda;

"Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.



11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.


Daripada Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda: 

"Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya:

"Apakah anda mengenalku?"

Penghafal tadi menjawab; "Saya tidak mengenal kamu."

Al Quran berkata; "Saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya.

Kedua orang tua itu lalu bertanya: "Kenapa kami diberi dengan pakaian begini?".

Kemudian di jawab, "Kerana anakmu hafal Al Quran."


Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi diperintahkan,

"Bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya."

Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
.

12.AKAN MENEPATI KELAS TERTINGGI DI DALAM SYURGA. 

Daripada Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu."
p.s : Sungguh besar keutamaan dan ganjaran kepada para hafiz dan hafizah...Namun bagaimanakah khabarnya al Quran yang telah kita hafaz?
Sama-sama renungkan.Selamat bermujahadah untuk Al Quran duhai huffaz!

Tazkirah : Aku Hamalatul Quran


Aku Hamalatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi sanubari,

kesyahduan kurasakan amat bererti,

acapkali kuterdengar alunan suara insan-insan kerdil,
membasahi lidah dengan kalam-Mu ya Ilahi,
tiada putus-putus mendampingi Kitab-Mu,
membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci.

Segolongan insan yang dihormati,
segolongan insan yang dipandang tinggi,
Inilah insan yang bergelar Hamalatul Quran,
iaitu pendukung kitab suci..
Hamalatul Quran, itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata penuh makna,
yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci,
Wasiat Ibnu Mas'ud yang berbunyi..

"seharusnya bagi seorang Hamalatul Quran itu mengetahui..
malamnya ketika manusia dibuai mimpi,
siangnya ketika manusia enak menikmati juadah,
tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,
diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia,
dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia.."

Aku merenung sejenak,
Hamalatul Quran..begitukah aku??

kata-kata itu mengetuk fikiranku,
menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku,
betapa Hamalatul Quran yang hakiki,
Adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan,
mampu berkorban dalam tangisan,
dan rela imannya diuji dengan keperitan..
Baru kutersedar, Hamalatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian,
kealpaan, keseronokan seperti orang kebanyakan,
sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi,
yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang daif ini..

Namun, Kau anugerahkan jua aku dengan kemuliaan ini,
menjadi salah seorang insan pilihan-Mu,
di dalam dunia Hamalatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti..
Ibu bapaku bakal kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri??
Hamalatul Quran, alangkah beruntungnya dikau!!

Sahabat-sahabat Al-Quran,
sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
manjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..
yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamalatul Quran?

Sahabat-sahabatku..ingatlah,
kita bertemu kerana Al-Quran,
Ukhuwwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran,
dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.

kredit kepada : profaz

Catatan 1 : kerana al-quran kita bertemu. Ahlan.

Assalamua'alaikum wbt

Ahlan wasahlan... ke blog ini, blog baruku. Akanku muatkan kisah2 jatuh dan naikku sepanjang perjalananku memburu matlamatku yg satu ini, memegang al-quran bukan sekadar di mulut, tapi turut disemai di hati. Menjadi seorang hamalatul quran yang menyedari akan tanggungjawab diri dan hatinya terhadap quran. Menyelitkan nota-nota tentang al-Quran, mukjizat maknawi sepanjang zaman. Supaya tulisan-tulisan ini bisa menjadi renungan2 aku dan kamu sebelum tulisan-tulisan al-Quran hilang ditarik Ilahi, tanda besar hari yang Pasti. Ketika itu, tak guna dikesali masa yang telah pergi.

Setakat ini, biarlah aku dikenali dengan aflahnur, kerana kisah-kisah yang bakal dicoretkan akan bersangkut dengan pengalaman peribadi. Semoga memberi manfaat pada yang membaca dan yang mencari kebenaran. Ya Allah, kurniakan kami kemanisan iman dan kenikmatan membaca dan mengamalkan al-Quran.

gambar google
-aflahnur-